Pages

Sunday, August 29, 2010

~~sEbuAh KeHiDuPaN~~

sambungan daripada post entry yang lepas...
..::SCENE 2::...

        suasana petang hari ini amat terik... aku serta rakan sebilik sedang sibuk menggayakan selendang masing2 untuk menyambut Hari Raya nanti... dengan dendangan lagu raya, aku terasa semakin hampir dengan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di sekelian dunia... aku dapat merasakan kemeriahan di rumah ini walaupun hanya beberapa orang sahaja yang berada di rumah ini... setelah masing2 telah penat, aku teringat kan kampung halamanku... perasaan rindu akan ibu dan ayah mula bertandang... apakah yang mereka sedang lakukan di sana??? 

     ibu masih belum kuat untuk berdiri dengan lama akibat daripada kemalangan yang berlaku pada 7hb Mei 2010 di Mersing... pada hari itu adalah hari terakhirku menduduki peperiksaan akhir bagi semester pertamaku... walaubagaimanapun, ibu tetap tidak mahu duduk diam... suka melakukan kerja2 selagi mampu... terutama sekali menjahit baju... ibuku mengambil tempahan baju yang dihantar oleh pelanggan... ibu pandai menjahit pelbagai jenis pakaian... termasuk baju kurung teluk belanga, baju melayu, baju kebaya, baju kurung moden, dan macam2 lagi yang diminta oleh pelanggan... sebut pasal jahit baju, baju raya aku ibu dah siapkan sebanyak 3pasang...

     ayah pula jadi tukang masak dirumah selepas pulang dari tempat keje... ayah seorang yang bekerja di tapak... tetapi selepas kemalangan ngeri itu juga, ayah telah berpindah ke bahagian pejabat setelah sekian lama tidak bekerja... aku rindu akan mereka... tetapi untuk sekian waktu ni, kerinduan aku itu terubat oleh rakan2 ku ini... terutama Nabila dan Nurul... aku sayang akan mereka... aku sayang juga kepada Izyan dan Cicut... merekalah penghibur ketikaku berduka... mereka jugalah penyeri bilik ini... tetapi akan terasa sungguh sunyi apabila mereka tiada di rumah... aku akan tidak tahu apa yang perlu dilakukan... melainkan melayari internet menggunakan laptop aku ini...

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment