nak dengo 1 crite x?? so, bce le
Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru,
kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap
hari memenuhi kedainya untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari.
Menurut
beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan
strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.
Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang
dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai
pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan
diwapkan didalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun
pandan. Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak
Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk
menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.
Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya
menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan
walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk
berbuat apa-apa, maka beliau memanggil orang kampung
termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu. Kalau nak
diikutkan
pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini.
Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih
belum berhenti di sambut pula dengan raungan Kak
Kiah yang semakin kuat.Saya selawat tiga kali sebelum melangkah
masuk
ke rumah 2 tingkat Lorong Raja Muda itu dan
memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam.
Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan
kaki beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya
dan melihat badannya berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak
menggelupas. Saya meminta air masak, sebiji telur, santan
kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak
menjadi
masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian. Saya gelekkan
telur pada permukaan dahinya, raungan
Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh
terkejut
saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu
terkeluar lidah yang bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya
menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu dicurahkan
dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas
dan bersisik lagi busuk. Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan
santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.
Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga
daripada
bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti
bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan
jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan.
Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau,
penuh
dengan ........................
......Nasi Lemak.
Heh...Heh...Heh...Jangan mare ...... Dah! Cerita ni tipu jer
........Pergi buat keje tu haa ...
*p/s : Janganlah mare! Haku pun